I'm Speechless :')

Seandainya kau dilahirkan nanti,
ketahuilah bahawa dunia ini hanya sementara,
janganlah kau leka mengejarnya,
nanti kau akan kecewa diakhirnya.

Seandainya kau dilahirkan nanti,
akan ku didik dirimu dengan agamaNya
agar kau sedar akan tugasmu,
agar kau sedar akan dirimu.

Seandainya kau dilahirkan nanti,
akan ku didik dirimu menjadi mujahid,
yang dapat membela agama,
sehebat Salahudin Al-Ayubi, 
sebijak Muhammad Al-Fateh.

Seandainya kau dilahirkan nanti,
akan ku didik dirimu mengenalNya,
agar kau miliki rasa cinta padaNya,
agar kau mencintaiku keranaNya.

Seandainya kau dilahirkan nanti,
akan ku benihkan cinta dalam hati mu,
akan ku benihkan kerinduan dalam dirimu,
cinta dan kerinduan buat KekasihNya, Muhammad.

Seandainya kau dilahirkan nanti,
akan ku didik dirimu dengan dakwah,
agar kau mampu menjadi seperti matahari,
membawa manusia makrifat kepadaNya. 

Seandainya kau dilahirkan nanti,
akan ku doakan kesejahteraan buatmu,
di dunia dan di akhirat,
agar perpisahan kita didunia nanti,
mempertemukan kita semula,
di syurga nan indah.
_Matahary;200413
Dia yang dididik dengan agama, dialah yang akan mengubah dunia.

Click here..

Comments

Popular posts from this blog

Friend Love Ship ~ Ifa Avianty

Senja Bersama Rosie ~ Darwis Darwis

Ferry Spot ~ KMP Tenggiri